Sign In

SME Latest News & Coverage

Assisting entrepreneurs making business decisions
PERNITA Menggesa Usahawan Wanita Gandakan Usaha

PERNITA Menggesa Usahawan Wanita Gandakan Usaha

Presiden Pertubuhan Wanita Bumiputera Kuala Lumpur dan Selangor (PERNITA), Noor Harnanie Buang, berkata kecenderungan berniaga ketika Ramadan dilihat satu pendekatan positif terutama kepada suri rumah memperoleh pendapatan menerusi kerja sampingan.

“Namun, ramai masih kurang menguasai media sosial seperti Instagram atau Facebook, yang sebenarnya adalah perantara digital kerana menerusi platform itu ramai mencari kelengkapan raya, makanan mahupun pakaian.

“Justeru, PERNITA menganjurkan Bengkel Mesra Media Sosial secara percuma untuk membimbing kelompok wanita mempelajari selok-belok perniagaan, kemahiran menggunakan platform digital untuk meluaskan skop perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan bengkel itu adalah relevan dengan minat golongan hawa terhadap bidang keusahawanan, jadi menerusi pendedahan pengaruh media sosial yang mampu menjadi perantara terbaik untuk produk lebih dikenali ramai.

Katanya, aktiviti berniaga dalam pada bulan puasa diibaratkan bekerja sebulan tetapi mampu menjana pendapatan hingga setahun, hinggakan senario itu membawa manfaat kepada wanita.

“Peniaga wanita dikatakan lebih kreatif berniaga berikutan golongan ini sinonim dengan karakter peniaga, pandai memujuk rayu malah mereka peka terhadap aliran terkini terutama pada musim perayaan,” katanya.

Katanya, aliran perniagaan kini bukan hanya tertumpu pada aktiviti perniagaan langsung tetapi banyak dimanfaatkan perniagaan atas talian seperti laman Facebook dan Instagram.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *